Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri ditahan polis samun warga emas

Pasangan suami isteri ditahan polis selepas hampir enam jam merompak serta melarikan kereta milik wanita warga emas di sebuah kedai makan di Stadium Darul Aman.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri ditahan polis samun warga emas

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2018 06:02PM Dikemas Kini : 28 Sep 2018 06:04PM

ALOR SETAR: Pasangan suami isteri ditahan polis selepas hampir enam jam merompak serta melarikan kereta milik wanita warga emas di sebuah kedai makan di Stadium Darul Aman.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata polis menahan suami isteri masing-masing berumur 40 dan 35 tahun itu pada 11.45 pagi tadi (28 Sep) ketika sedang bersembunyi di sebuah hotel.

"Dalam kejadian 6.00 pagi itu, suspek datang ke kedai mangsa berusia 70-an tahun dan ingin menjual tong gas tetapi wanita terbabit menolak tawaran tersebut, selepas itu tiba-tiba suspek bertindak masuk ke dalam kedai di mana lelaki itu mengacu pisau ke leher mangsa manakala isterinya pula mengambil wang tunai RM250 (S$80)," katanya.

ACP Mohd Rozi berkata suspek selepas itu langsung keluar dan membawa lari kereta jenis Perodua Myvi milik mangsa yang diletakkan di hadapan kedainya.

Beliau menambah, polis turut menemui bekas kecil mengandungi tiga bungkusan plastik yang dipercayai dadah jenis heroin seberat 3.2 gram semasa kedua-dua suspek itu ditahan di hotel berkenaan serta mereka turut positif dadah dalam ujian air kencing.

"Barangan peribadi mangsa turut ditemui semula termasuk keretanya," katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan