Suami isteri dijel seumur hidup dera 12 anak mereka
Di California, Amerika Syarikat, sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara antara 25 tahun hingga seumur hidup selepas mengaku bersalah atas 14 tuduhan termasuk penderaan dan penganiayaan anak-anak mereka.
CALIFORNIA: Di California, Amerika Syarikat, sepasang suami isteri dijatuhi hukuman penjara antara 25 tahun hingga seumur hidup selepas mengaku bersalah atas 14 tuduhan termasuk penderaan dan penganiayaan anak-anak mereka.
David dan Louise Turpin bagaimanapun telah dimaafkan oleh sebahagian daripada 13 anak-anak mereka itu.
Kedua-dua ibu bapa tersebut membiarkan anak-anak mereka kelaparan dan ada yang dirantai ke katil mereka bertahun lamanya.
Kes tersebut dibawa ke mahkamah Januari tahun lalu selepas salah seorang anak perempuan mereka berjaya melarikan diri sebelum menghubungi polis.
Pihak berkuasa kemudian menemui 12 orang saudara lelaki dan perempuannya yang berusia antara 2 hingga 29 tahun terkurung di dalam rumah mereka.
Para mangsa mendakwa mereka dipukul dan dirantai jika tidak tunduk kepada perintah ibu bapa mereka.
Pasangan Turpin ini mengaku bersalah atas tuduhan mendera Februari lalu.
Mereka dijangka menjalani hukuman penjara seumur hidup kecuali mereka diberikan parol selepas 25 tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.