Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Suami isteri antara 7 ditahan edar, seludup dadah bernilai RM4.2 juta di Johor

Sepasang suami isteri warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta (S$1.3 juta). Mereka ditahan menerusi serbuan di empat rumah di sekitar bandar raya Johor Bahru antara 21 hingga 28 Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Suami isteri antara 7 ditahan edar, seludup dadah bernilai RM4.2 juta di Johor

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 31 Oct 2021 04:09PM Dikemas Kini : 31 Oct 2021 04:19PM

JOHOR BAHRU: Sepasang suami isteri warga tempatan antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah bernilai RM4.2 juta (S$1.3 juta). Mereka ditahan menerusi serbuan di empat rumah di sekitar bandar raya Johor Bahru antara 21 hingga 28 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Razarudin Husain berkata pasangan itu ditahan bersama tiga lelaki tempatan, dua wanita termasuk seorang warga China yang kesemuanya berumur antara 39 hingga 48 tahun.

Beliau berkata menerusi serbuan itu, pihaknya merampas sebanyak 115.1 kilogram dadah jenis syabu, 528 gram (g) ketamin, 52.8g ekstasi, 91.8g mushroom,10.5g eramin 5 dan 9.17g pil yaba.

Menurut beliau, suami isteri berusia 41 dan 48 tahun itu dipercayai berperanan sebagai dalang sindiket terbabit serta sudah secara aktif menyeludup dan mengedar dadah sejak pertengahan tahun ini.

“Dadah ini dipercayai diseludup dari negara jiran menerusi utara Semenanjung dan dipasarkan untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa.

“Rumah yang diserbu itu pula dijadikan tempat untuk membungkus semula dadah berkenaan. Kita anggarkan kesemua dadah yang dirampas itu boleh digunakan seramai 587,222 penagih dadah di negara ini,” katanya di sidang media di Johor Bahru hari ini (31 Okt).

Encik Razarudin menambah hasil ujian air kencing mendapati enam daripada mereka, termasuk pasangan suami isteri itu, positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala lima daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

Beliau berkata lima kereta bernilai RM363,000 (S$118,000), wang tunai RM6,870 (S$2,230), seutas rantai emas bernilai RM1,300 (S$430) dan 11 akaun bank berjumlah RM318,431 (S$103,700) turut disita.

Kesemua individu terbabit ditahan reman bermula 22 Oktober hingga esok (1 Nov)untuk siasatan lanjut.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan