Studio khas ‘Gaza Atelier’ beri ruang bagi wanita Gaza berkarya
Berlatarbelakangkan kemiskinan dan serba kekurangan, sukar bagi wanita Palestin untuk menikmati perkara ‘normal’ yang sering diambil mudah oleh masyarakat di negara lain.
GAZA: Berlatarbelakangkan kemiskinan dan serba kekurangan, sukar bagi wanita Palestin untuk menikmati perkara ‘normal’ yang sering diambil mudah oleh masyarakat di negara lain.
Karya seni menjadi salah satu 'mangsa' ketidaktentuan ekonomi di Gaza dengan ramai pelukis bimbang kerjaya mereka itu tidak lagi boleh dijadikan mata pencarian.
Kaum wanita terhimpit antara harapan dan kesengsaraan dek kehidupan yang sukar di Carikan Gaza. Bahkan, sebilangan penduduk tidak mempunyai akses kepada air bersih.
Bekalan elektrik pula hanya disediakan selama empat jam sehari. Memburukkan lagi keadaan, Bank Sedunia melaporkan, ekonomi Gaza semakin merudum sekali gus menjejas peluang pekerjaan dan menambah pengangguran.
Meskipun sukar menyara hidup sebagai pelukis, ia tidak menghalang Cik Dalia Abdalrahman daripada mengejar cita-citanya.
Sejak dahulu lagi, tumpuan Cik Dalia adalah terhadap memperkasakan kaum wanita kerana percaya wanita di Gaza, bukan saja lemah, ditindas tetapi juga tidak diberi hak dalam masyarakat.
Keadaan itu beliau cuba paparkan dalam hasil karya seninya.
Cik Dalia juga membuka ruang selamat diberi nama 'Gaza Atelier' untuk memberi peluang kepada wanita di Gaza untuk berkarya.
"Saya mendapat idea membuka studio untuk kaum wanita kerana saya mahu mencari tempat hanya bagi kaum wanita berkarya dengan bebas Setiap wanita akan dapat melukis apa saja yang mereka inginkan tanpa dihalang," kata Cik Dalia.
Beliau berharap studionya itu akan menggalak lebih ramai perempuan dan wanita untuk menceburkan diri dalam bidang seni.
Bagaimanapun, dalam masyarakat yang mana sebahagian besar kekuasaan dipegang kaum lelaki, pekerjaan sebagai pelukis bukan sahaja tidak dihormati tetapi dipandang rendah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.