Skip to main content

Dunia

Struktur semula Khazanah Nasional, kerajaan bukan balas dendam, tegas Dr Mahathir

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salah laku, tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Struktur semula Khazanah Nasional, kerajaan bukan balas dendam, tegas Dr Mahathir

Gambar fail Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad. (Gambar: Lai Seng Sin/ Reuters)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 10:31AM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:48AM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menerima tawaran peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah Khazanah Nasional Berhad.

Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan media memaklumkan, langkah ini membolehkan Kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan dasar pentadbiran baru yang sedia ada.

Dr Mahathir juga sebagai PM mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah baharu atau mengekalkan sesetengah mereka untuk memastikan kesinambungan perjalanan syarikat.

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salah laku, tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan.

Berikut kenyataan media penuh daripada Pejabat Perdana Menteri:

Peletakan jawatan Pengarah Urusan dan Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad akan membolehkan Kerajaan menstruktur semula syarikat dana nasional tersebut.

Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad menerima tawaran peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah kerana “langkah ini membolehkan Kerajaan menstruktur semula syarikat tersebut” berdasarkan polisi pentadbiran baru yang sedia ada.

Dr Mahathir menegaskan bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk melantik ahli lembaga pengarah yang baru, atau memindahkan mereka ke syarikat lain, atau pun mengekalkan sesetengah mereka untuk kesinambungan perjalanan syarikat.

Beliau juga mengatakan bahawa Kerajaan bukan di dalam proses membalas dendam.

“Kita tidak menganggap semua terlibat di dalam salahlaku, tetapi pentadbiran ini tidak boleh menerima kesalahan yang jelas dan dibiarkan berterusan.

“Peletakan jawatan beramai-ramai ini akan memberi ruang untuk menyusun semula Khazanah kerana dasar kami adalah berlainan dari pentadbiran sebelum ini. Kami percaya adalah bagus untuk memberi gaji yang tinggi tetapi kita tidak boleh sentiasa mengikut nilai ukuran pihak swasta. Kita mahu menumpu kepada ganjaran di dalam bentuk bonus yang berlandaskan kepada prestasi kerana ada sesetengah syarikat yang beroperasi pada tahap yang tidak memuaskan.”

Mengenai laporan yang mengatakan RM2 billion (S$671,000) sudah terhapus dari Bursa Malaysia, Dr Mahathir menekankan bahawa jumlah kerugian atas kertas tidaklah sebesar bebanan hutang RM1 trillion (S$335 juta) yang diwarisi dan sekarang terpaksa dihadapi dan ditanggung oleh Kerajaan.

“Jumlah hutang RM1 trillion (S$335 juta) tersebut adalah nyata dan benar, dan jumlah yang perlu dibayar tidak boleh dielakkan. Sebahagian besar dari jumlah ‘pelaburan’ yang dilakukan oleh Kerajaan terdahulu belum dapat diperolehi semula kerana kita tidak tahu di mana wang tersebut sudah pergi.”

Mengenai komen mantan Perdana Menteri Najib Razak terhadap dasar Kerajaan Pakatan Harapan “berundur ke era masa lalu”, Dr Mahathir bertanya jika rakyat mahu kembali ke era pentadbiran Najib?

“Era masa lalu adalah era di mana Malaysia terkenal sebagai Harimau Asia. Adakah beliau (Najib) mahu membawa rakyat ke era di mana negara ini dikenali sebagai kleptokrasi dan diketuai oleh seorang kleptokrat?

PEJABAT PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA
27 JULAI, 2018 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita