Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Strategi dan calon PRN diumum dalam masa terdekat, dedah PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia pada Ahad (7 Mei) membincangkan soal persiapan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya juga akan mengumumkan calon serta strategi kempen dalam masa terdekat, lapor Astro Awani.

"Walaupun ia banyak melibatkan BN dan PH, kita tetap undang parti-parti yang ada cawangan dan gerakan di semenanjung."

"Pimpinan parti yang tidak bertanding akan terus beri kerjasama dan sokongan untuk tunjukkan kerjasama dan kesepaduan dalam Kerajaan Perpaduan."

"Rundingan ini diteruskan, dalam masa singkat wakil PH dan BN akan putuskan pembahagian kerusi, calon dan juga strategi kempen," katanya, seperti dipetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan Malaysia di Menara Dato Onn pada Ahad.

Ditanya mengenai kedudukan negeri yang dikuasai parti tertentu, Encik Anwar yang juga Presiden PH berkata, tidak timbul sebarang isu berhubung perkara berkenaan.

"Beberapa negeri yang dipimpin UMNO kita terima, negeri-negeri yang dipimpin komponen PH juga kita terima."

"Jadi saya kira itu bukan isu yang perlu dipertikai," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Presiden PKR itu juga menyatakan, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri untuk mengadakan rundingan sebelum ia dikemukakan ke peringkat pusat.

Selain itu, Encik Anwar turut memberitahu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan mengenai persiapan Konvensyen Nasional Perpaduan yang akan berlangsung pada 14 Mei ini, menurut laporan Astro Awani.

Menurutnya lagi, konvensyen berkenaan akan menumpukan soal memperkukuhkan semangat perpaduan bagi meneruskan agenda rakyat.

Ini termasuk rancangan untuk merangka program-program inklusif yang melibatkan semua kaum selari dengan prinsip perlembagaan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan