Skip to main content

Dunia

Stor ibu pejabat polis Sepang dipecah masuk; barang kes dadah hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Stor ibu pejabat polis Sepang dipecah masuk; barang kes dadah hilang

Gambar fail: Bernama

Diterbitkan : 31 Jul 2023 04:49PM Dikemas Kini : 31 Jul 2023 04:57PM
PUTRAJAYA: Sejumlah barang berkaitan kes dadah dilaporkan hilang selepas stor barang kes di ibu pejabat polis daerah Sepang dipecah masuk pada Jumaat (28 Julai).

Ketua polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu pada Ahad (30 Jul), dan memaklumkan bahawa tiada tangkapan dibuat setakat ini.

"Siasatan masih dijalankan," katanya.

Satu laporan polis berkaitan kejadian itu tular di media sosial baru-baru ini. Barang yang dilaporkan hilang termasuk sebuah beg mengandungi komputer riba dengan maklumat data barang berkaitan kes.

Laporan itu turut menyatakan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat itu rosak dan tidak berfungsi.

Kejadian itu disedari pada 8.15 pagi oleh pegawai polis yang baru memulakan tugas.

Mereka mendapati pintu pagar besi di depan bangunan masih dalam keadaan berkunci namun pintu kayu di bahagian dalam tidak berkunci. Apabila pintu itu dibuka, mereka mendapati keadaan bilik stor berselerak dan tingkap gelongsor di kaunter terbuka.

Pemeriksaan mendapati lebih 500 sampul surat bersaiz 15x30 sentimeter yang mengandungi barang kes dadah yang disimpan di dalam peti khas dalam ruang pejabat stor itu hilang.

Sampul surat itu mengandungi dadah bagi kes yang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 — termasuk kes yang sudah selesai dari 2014 hingga 2022.

Kesemua barang kes itu juga dikatakan dalam proses pelupusan dan data sedang dikemas kini dalam komputer riba. Bagaimanapun, komputer riba itu juga dilaporkan hilang.

Suspek dipercayai memotong wayar dawai di atas agar untuk masuk ke kawasan stor. Suspek kemudian dipercayai masuk ke bahagian pejabat stor melalui tingkap di kaunter.

Bagaimanapun, maklumat jumlah dan nilai barang yang dilaporkan hilang tidak didedahkan.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita