Stok beras Malaysia cukup tampung keperluan sehingga 5 bulan, kata Menteri Mohamad Sabu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Agensi berita)
KUALA LUMPUR: Jumlah stok beras bagi menampung keperluan Malaysia ketika ini adalah mencukupi bagi tempoh empat hingga lima bulan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu.
Beliau berkata ia berdasarkan stok bekalan beras yang direkodkan sehingga 3 Oktober lepas iaitu sebanyak 820,482 tan metrik, merangkumi 250,000 tan metrik stok penimbal kerajaan dan 570,482 tan metrik stok dagangan.
Menurutnya, sehingga 7 Oktober lepas, sebanyak 708,978 kampit beras putih tempatan (BPT) 10 kilogram sudah diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia melalui rantaian peruncit seperti pasar raya, rantaian premis serta cawangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).
Ia meliputi pasar raya sebanyak 423,816 kampit (60 peratus), FAMA 109,829 kampit (16 peratus), LPP iaitu 60,240 kampit (9 peratus) dan sebanyak 103 pemborong edaran runcit iaitu 115,093 kampit (16.2 peratus).
“Ini menggambarkan FAMA dan LPP hanya diberi peranan dalam tempoh intervensi manakala pasar raya dan pemborong, peruncit terus diberi peranan utama memasarkan BPT di pasaran.
“Program ini dilaksanakan bagi tempoh setahun bagi memastikan bekalan BPT stabil, cukup dan terjamin,” katanya pada sesi penerangan menteri mengenai isu BPT di Dewan Rakyat, hari ini (9 Okt).
Sementara itu,Encik Mohamad berkata kenaikan harga beras putih import (BPI) di pasaran dunia secara mendadak berlaku disebabkan larangan eksport oleh India mulai Julai 2023. Negara itu merupakan penyumbang lebih 40 peratus daripada eksport beras dunia pada tahun lepas.
Katanya, sehingga kini sebanyak 19 negara membataskan eksport ke luar negara untuk memberi keutamaan kepada rakyat sendiri menyebabkan masalah kenaikan harga bahan komoditi tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga negara serantau.
“Ketika ini harga pasaran beras antarabangsa juga melonjak berikutan pandemik COVID-19, krisis Rusia-Ukraine dan kesan fenomena cuaca El Nino ke atas tahap pengeluaran padi global.
“Harga beras putih global mencatatkan peningkatan sebanyak 63 peratus dalam tempoh setahun, iaitu daripada AS$400 (S$547) setiap tan metrik pada Ogos 2022 kepada AS$650 (S$889) per tan metrik pada Ogos 2023. Trend kenaikan ini dijangka akan berterusan sehingga penghujung 2023,” katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan agenda keterjaminan makanan negara terus menjadi keutamaan dalam Belanjawan Malaysia 2024 akan datang.
Katanya, usaha itu adalah bagi memastikan pembangunan sistem makanan yang cekap dan berdaya tahan, serta berpotensi meningkatkan pendapatan pengeluar makanan di sepanjang rantaian makanan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.