Stesen minyak JB kekang penjualan RON95 kepada kenderaan asing setelah denda jangkaui RM1 juta
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Zamzahuri Abas/CNA
JOHOR BAHRU: Penduduk Johor Mohammad Syafik Mohammad menguruskan salah sebuah stesen minyak paling sibuk di negara itu.
Stesen Petronas tersebut, yang terletak di jalan keluar dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang berhubung dengan Koswe Woodlands, menyaksikan lebih 400 kenderaan melaluinya setiap hari.
"Kami sentiasa berjaga-jaga pada setiap masa kerana mesti ada sesetengah yang sanggup mencuba nasib," jelas pemuda berusia 30 tahun itu dalam satu wawancara dengan Mediacorp. Beliau merujuk kepada para pemandu kenderaan dengan nombor pendaftaran Singapura yang masih mengisi petrol RON95 secara haram.

"Walaupun kami berusaha sebaik mungkin untuk menghentikan mereka sebelum memasukkan nozel ke dalam kenderaan mereka, setiap bulan akan ada tiga atau empat orang yang berbuat demikian. Kita akan ambil butiran mereka dan maklumkan kepada pihak berkuasa," tambahnya.
Sejak Ogos 2020, Malaysia melarang penjualan petrol RON95 kepada kenderaan berpendaftaran asing. Jenis bahan api tersebut sebahagiannya diberi subsidi oleh kerajaan, agar ia dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Namun, pada Isnin (15 Jan), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Mohd Ali berkata bahawa pengendali stesen minyak yang didapati bersalah buat pertama kalinya tidak lama lagi akan berdepan dengan denda menjangkaui RM1 juta (S$284,600) yang ditetapkan buat masa ini, sekali gus meletakkan lebih banyak tekanan terhadap industri tersebut.
Beliau menekankan bahawa denda lebih berat itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengatasi "kebocoran" yang melibatkan bahan api bersubsidi.
Penjualan petrol yang bersubsidi kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Sebelum pengumuman pada 15 Januari itu, pengendali stesen minyak yang didapati bersalah melanggar undang-undang, boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta (S$ 284,600) bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan seterusnya, denda sehingga RM3 juta (S$854,000), tempoh penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.
Setakat ini, tiada undang-undang yang menyatakan bahawa denda akan dikenakan terhadap pemandu yang melanggar undang-undang tersebut.
Ini mengundang aduan daripada beberapa pihak dalam industri tersebut, yang mencadangkan agar pemandu juga dikenakan denda atas tindakan mengisi petrol secara haram memandangkan ramai yang berbuat demikian sekalipun mengetahui wujudnya undang-undang tersebut.
Stesen minyak di Malaysia sebahagian besarnya menawarkan khidmat layan diri. Pemandu kenderaan dapat membuat pembayaran menggunakan kad kredit mereka di kios lalu mengisi petrol ke dalam kenderaan mereka dengan memasukkan nozel itu sendiri.

Pengendali stesen minyak di Johor Bahru yang ditemui Mediacorp, berkata bahawa mereka sedang mempergiat usaha pemantauan di stesen minyak masing-masing dengan meningkatkan kekerapan pemeriksaan di lokasi berkenaan.
Encik Mohammad Syafik memberitahu Mediacorp bahawa menyusuli perkembangan terbaharu itu oleh kerajaan, stesen minyak, terutama sekali di kawasan Johor Bahru, sedang berada pada "tahap berwaspada" demi memastikan semua pemandu tidak melanggar peraturan-peraturan itu.
"Sejak pengumuman tersebut dibuat pada Isnin lalu ...semua kakitangan kami melakukan rondaan bagi memastikan tiada pemandu dengan kenderaan Singapura menggunakan nozel berwarna kuning (bahan api RON95)," jelasnya.
"Kami tidak akan mengambil sebarang risiko. Jika kami ditangkap, siapa yang akan bayar denda tersebut?" tambah Encik Mohammad Syafik.
KERAJAAN PERTINGKAT OPERASI PENGUATKUASAAN
Menjawab pertanyaan Mediacorp, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Divisyen Johor menyatakan dengan berlatarbelakangkan komen Menteri Armizan bahawa hukuman lebih berat akan dikenakan terhadap pengendali stesen minyak, yang menjual petrol bersubsidi kepada kenderaan dengan nombor pendaftaran asing, jabatan tersebut akan "mempertingkatkan operasi penguatkuasaan" di beberapa stesen minyak di negeri tersebut.
Jurucakap divisyen tersebut memberitahu Mediacorp pada 2023, seramai 200 pegawai dikerahkan untuk menjalankan 4,000 pemeriksaan di beberapa stesen minyak, yang terletak berdekatan dengan sempadan Johor dengan Singapura.
"Kami akan terus memantau isu tersebut dengan rapi dan memastikan undang-undang itu ditegakkan," tegas jurucakap tersebut, sambil menambah bahawa lebih banyak serbuan dan operasi akan dijalankan pada 2024.
Jurucakap itu malah, menambah bahawa antara 2022 dengan 2023, divisyen tersebut mengeluarkan secara keseluruhan sebanyak 26 kompaun dalam operasi stesen minyak berjumlah RM30,600 (S$ 8,700).

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.