Skip to main content

Dunia

Stesen minyak Caltex di utara Semenanjung Malaysia alami gangguan sementara bekalan RON95, diesel

Caltex Malaysia memaklumkan bahawa beberapa stesen khidmat Caltex di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan sementara bekalan RON95 dan diesel untuk beberapa hari bermula Jumaat (17 Apr), lapor BH Online.

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen minyak Caltex di utara Semenanjung Malaysia alami gangguan sementara bekalan RON95, diesel

Beberapa stesen khidmat Caltex di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan sementara bekalan RON95 dan diesel. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Caltex Malaysia memaklumkan bahawa beberapa stesen khidmat Caltex di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan mengalami gangguan sementara bekalan RON95 dan diesel untuk beberapa hari bermula Jumaat (17 Apr), lapor BH Online.

Menurut pengendali stesen minyak itu, perkara tersebut disebabkan oleh kelengahan yang tidak dijangka di pelabuhan, yang menjejaskan jadual penghantaran.

"Kami sedang mengambil langkah-langkah untuk mempercepatkan penghantaran dan meminimumkan gangguan.

Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Terima kasih atas kesabaran dan pemahaman berterusan anda," menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, seperti yang dipetik BH Online.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita