Stesen Laluan RTS Johor bakal ada pembangunan pelbagai guna bernilai RM2.6 bilion
Lakaran artis bagi pembangunan hartanah bersepadu yang akan disambungkan dengan stesen Laluan RTS Bukit Chagar yang akan datang. (Gambar: MRT Corp)
Pembangunan bernilai RM2.6 bilion (S$788 juta) ini akan menjadi kerjasama awam dan swasta antara Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) Malaysia dengan konglomerat tempatan Sunway Group.
Kedua-dua pihak menandatangani perjanjian kerjasama strategik pada Khamis (13 Feb) yang disaksikan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke.
Pembangunan seluas 1.71 hektar (17,100 meter persegi) yang akan disepadukan dengan stesen Laluan Sistem Gerak Cepat Singapura - Johor Bukit Chagar dan kompleks imigresen Johor Bahru, dijadual dibina dalam tempoh lebih kurang lapan tahun.
Ia adalah pembangunan bersepadu pertama berskala sedemikian yang akan dibina di Johor. Pembinaan dijadualkan bermula bulan depan.
Tempat letak kereta berbilang tingkat pula akan menyediakan 1,550 lot kereta dan lebih 1,000 lot motosikal. Dalam fasa pertama, lot motosikal dan sekitar 850 lot kereta dijangka siap menjelang 30 November 2026, tepat pada masanya untuk permulaan operasi Laluan RTS pada hujung 2026.
Apartmen servis serta kemudahan lain - termasuk kemudahan pendidikan dan hab kesihatan dan kesejahteraan - dijangka siap menjelang suku pertama 2033.
Tiada maklumat lanjut diberikan mengenai berapa banyak gerai runcit, unit apartmen atau bilik hotel yang akan disediakan dalam projek ini.
Para pegawai bagaimanpaun tidak menjelaskan pada Khamis mengapa perjanjian dengan MTR Corp gagal direalisasikan.
Namun, Encik Loke berkata kerjasama sektor kerajaan dan swasta antara MRT Corp dan Sunway akan "memaparkan kepada dunia kebolehan pemaju Malaysia".
"Ini adalah model yang menampilkan kereta api dan hartanah yang berdaya maju untuk jangka panjang," kata Encik Loke.
Pembangunan ini akan dihubungkan dengan jalan raya di sekitarnya dan kerja-kerja akan dijalankan untuk mengurangkan kesesakan pada masa hadapan, tambahnya.
"Semasa waktu sibuk, kami juga berharap penumpang akan mengunjungi pusat beli-belah dan perkhidmatan lain di kawasan itu untuk memastikan aliran trafik yang lancar," katanya.
Pembangunan pelbagai guna ini akan menghubungkan penumpang dengan perkhidmatan pengangkutan lain di Johor Bahru termasuk perkhidmatan kereta api elektrik KTM, bas laluan bandar dan perkhidmatan kereta api awam dalam bandar pada masa hadapan.
Ia bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Tambak Johor - salah satu lintasan sempadan paling sibuk di dunia - dengan membawa sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah dalam perjalanan yang mengambil masa kira-kira lima minit.
Apabila perkhidmatan Laluan RTS bermula, masa perjalanan merentas sempadan dijangka akan mengambil masa 15 minit berbanding 1.5 jam semasa waktu sibuk sekarang.
RTSO adalah usaha sama yang dibentuk pada tahun 2020 antara pengendali kereta api Singapura SMRT dan syarikat Malaysia Prasarana untuk mengendalikan perkhidmatan ulang-alik kereta api.
Kerja-kerja prasarana kereta api awam di Malaysia merangkumi depoh penyelenggaraan, Stesen Bukit Chagar serta laluan atas darat dan marin.
Prasarana kereta api projek RTS Link kini juga sudah disambungkan dari hujung ke hujung, dari Depoh Wadi Hana di Johor ke Woodlands North di Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.