Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Stesen King's Cross St Pancras ditutup sementara waktu susuli amaran palsu

Sebuah stesen kereta api bawah tanah utama di London ditutup buat sementara waktu pada Selasa (5 Mac) menyusuli amaran kebakaran, namun ia terbukti adalah satu amaran palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Stesen King's Cross St Pancras ditutup sementara waktu susuli amaran palsu

Stesen King's Cross St Pancras ditutup sementara waktu menyusuli amaran palsu. (Gambar fail: Peter Cziborra/Reuters)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 08:58AM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 09:05AM

LONDON: Sebuah stesen kereta api bawah tanah utama di London ditutup buat sementara waktu pada Selasa (5 Mac) menyusuli amaran kebakaran, namun ia terbukti adalah satu amaran palsu.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas polis Britain menyatakan tiga bungkusan yang mengandungi bom dikirim ke hab-hab pengangkutan lain di bandar tersebut.

Stesen kereta api bawah tanah King's Cross St Pancras, iaitu sebuah pusat pertukaran yang menyediakan khidmat bagi dua stesen kereta api jarak jatuh, ditutup selama 30 minit menyusuli aduan-aduan mengenai kebakaran.

"Kami percaya ia merupakan satu panggilan palsu yang dilakukan di salah sebuah lokasi amaran kebakaran," kata jurucakap Pengangkutan London, sambil menambah bahawa siasatan berhubung punca amaran itu sedang diteruskan.

Jurucakap jabatan bomba London berkata amaran kebakaran itu adalah palsu, dan para anggota bomba mengesahkan bahawa tiada kebakaran berlaku 10 minit selepas mereka tiba di tempat kejadian pada pukul 9.44 malam (waktu tempatan).

Pada 1987, satu kebakaran dahsyat di stesen kereta api berkenaan meragut nyawa 31 orang.

Pada Selasa (5 Mac), polis menyatakan bahawa satu bungkusan mengandungi sebutir bom yang dihantar ke sebuah pejabat di Lapangan Terbang Heathrow mencetuskan kebakaran apabila ia dibuka. Ia bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Dua bom serupa kemudian ditemui di sebuah bangunan pejabat di Lapangan Terbang London City serta stesen kereta api Waterloo, iaitu stesen kereta api paling sibuk di ibu kota Britain. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan