Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Status kekosongan kerusi 6 ahli parlimen Bersatu tertakluk kepada Speaker Dewan Rakyat, kata Ahmad Zahid

Anggaran Waktu Membaca:
Status kekosongan kerusi 6 ahli parlimen Bersatu tertakluk kepada Speaker Dewan Rakyat, kata Ahmad Zahid

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 08 Jun 2024 05:48PM Dikemas Kini : 08 Jun 2024 05:49PM
BANTING: Kedudukan kerusi enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sama ada kekal atau dikosongkan akan ditentukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, beliau percaya kedudukan wakil rakyat berkenaan, akan ditentukan berdasarkan peruntukan yang terkandung di dalam akta antilompat parti atau Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663).

Encik Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul, sekiranya notis pengosongan kerusi dibawa ke sidang Parlimen pada hujung bulan nanti.

"Kita serahkan kepada budi bicara speaker dan tunggu persidangan Parlimen pada hujung bulan ini," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Sambutan Hari TVET Negara 2024 di Institut Latihan Perindustrian (ILP) pada Sabtu (8 Jun).

Sebelum ini, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin memaklumkan keahlian wakil rakyat Bersatu yang tidak mematuhi arahan kepimpinan, terhenti serta-merta.
Mereka ialah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang Abdul Rashid Asari.

Pada Jumaat, Encik Johari mengesahkan beliau belum menerima sebarang notis rasmi daripada mana-mana pihak, berhubung kekosongan kerusi disandang enam Ahli Parlimen berkenaan yang digugurkan keahlian mereka dalam parti, baru-baru ini.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan