Starmer ikrar tindakan tegas terhadap perusuh ganas di UK
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/JUSTIN TALLIS)
LONDON: Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Isnin (5 Ogos) berikrar tindakan tegas akan diambil terhadap perusuh sayap kanan di beberapa bandar yang telah menyaksikan kerosakan yang meluas dan hampir 400 orang ditangkap.
Beliau menegaskan penunjuk perasaan ganas yang menyasarkan masyarakat Islam akan segera menghadapi tindakan undang-undang, dalam usaha untuk memadamkan api rusuhan anti-imigresen.
Encik Starmer mengadakan mesyuarat tergempar dikenali sebagai Cobra dengan menteri dan ketua polis untuk membincangkan pergolakan yang tercetus sejak Selasa lalu berikutan kejadian tikaman di mana tiga kanak-kanak terbunuh di Southport, barat laut England. Kes itu dieksplotasi oleh kumpulan anti-pendatang dan anti-Muslim.
Ia dibuat melalui penyebaran maklumat salah online dan diperkuatkan oleh tokoh syap kanan yang berprofil tinggi untuk mencetuskan kekacauan di bandar-bandar.
Orang ramai membaling batu bata dan suar, menyerang polis, membakar dan merompak kedai, memecahkan tingkap kereta dan rumah serta menyasarkan sekurang-kurangnya dua hotel yang menempatkan pencari suaka di beberapa bandar pada hujung minggu.
Kerajaan akan "meningkatkan keadilan jenayah" untuk memastikan bahawa "tindakan pantas diambil", kata Encik Starmer kepada media selepas mesyuarat itu.
Beliau berkata "sebuah pasukan polis terlatih khas"bersedia untuk dikerahkan untuk menyokong pasukan tempatan sekiranya sebarang rusuhan berlaku lagi.
Polis yang menyuraikan perhimpunan melaporkan "keganasan terhadap pegawai di Plymouth" dengan satu van polis rosak.
"Kami sedang mengambil tindakan terhadap individu yang berniat melakukan jenayah. Penangkapan sedang dijalankan," tambah polis di X.
Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) berkata 378 orang setakat ini telah ditangkap, dan yang lain akan "dibawa ke muka pengadilan".
"Saya ingin meyakinkan orang ramai bahawa tindak balas yang teguh disediakan di seluruh negara dan kami melakukan semua yang mampu untuk menangani kekacauan ini," tambah Ketua Konstabel Gavin Stephens, pengerusi NPCC.
Pertempuran tercetus di Southport sehari selepas tiga kanak-kanak perempuan dibunuh dan lima lagi cedera parah dalam serangan pisau di kelas tarian bertemakan Taylor Swift.
Khabar angin palsu pada mulanya tersebar di media sosial mengatakan penyerang adalah seorang pencari suaka Islam. Suspek kemudiannya dikenal pasti sebagai Axel Rudakubana, 17 tahun, dilahirkan di Wales. Media UK melaporkan ibu bapanya berasal dari Rwanda.
Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menghalang masjid daripada menjadi sasaran, dengan kerajaan menawarkan langkah keselamatan kecemasan baharu ke tempat ibadat Islam.
Tangkapan telah dibuat di seluruh negara ketika penunjuk perasaan anti-imigresen dan perusuh bertempur dengan polis termasuk kumpulan orang Islam.
Encik Starmer pada Ahad mengutuk "samseng sayap kanan" dan memberi amaran kepada perusuh bahawa mereka akan "menyesal" mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan paling teruk di England dalam tempoh 13 tahun.

BACA:
Polis telah menyalahkan orang yang dikaitkan dengan Liga Pertahanan England bagi lonjakan keganasan baru-baru ini.
Kumpulan yang tidak lagi berfungsi itu adalah sebuah pertubuhan anti-Islam yang ditubuhkan 15 tahun lalu dan penyokongnya dikaitkan dengan keganasan bola sepak.

LAPORAN BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.