Skip to main content

Dunia

Starbucks dan syarikat lain mesti bayar pekerja California bagi tugasan selepas waktu kerja

Menurut mahkamah tinggi California majikan perlu membayar pekerja mereka bagi tempoh singkat di mana pekerja meluangkan masa selepas tamat waktu kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Starbucks dan syarikat lain mesti bayar pekerja California bagi tugasan selepas waktu kerja

(Gambar hiasan: REUTERS/Beawiharta)

Diterbitkan : 27 Jul 2018 10:34PM Dikemas Kini : 27 Jul 2018 10:38PM

CALIFORNIA: Mahkamah tinggi California menyatakan semalam (26 Jul) dalam satu perintah yang mungkin akan memulakan semula siri tuntutan mahkamah terhadap Starbucks Corp bahawa golongan majikan perlu membayar para pekerja mereka bagi tempoh singkat di mana pekerja meluangkan masa selepas tamat waktu kerja mereka.

Menurut mahkamah tersebut, di bawah satu undang-undang gaji federal yang memberikan alasan bagi syarikat-syarikat tidak membayar para pekerja mereka untuk tempoh singkat yang sukar direkod itu, tidak berkuat kuasa mengikut undang-undang California.

Keputusan tersebut berupaya menyebabkan kerugian bagi banyak syarikat, khususnya restoran-restoran dan runcit yang mempunyai ramai kakitangan bekerja mengikut waktu tetap. Ia memandangkan California yang paling ramai rakyat Amerika juga menempatkan hampir 40 juta orang dan sekitar 10 peratus tenaga kerja Amerika Syarikat.

Seorang wakil Starbucks berkata bahawa syarikat itu hampa dengan keputusan berkenaan.

Pihak mahkamah California juga menyatakan bahawa di bawah undang-undang wilayah itu, para pekerja secara umum mesti dibayar bagi sebarang tempoh mereka diperlukan berada di dalam kawasan tempat kerja.

Namun, mahkamah menyatakan bahawa terdapat kes melibatkan tugasan "yang tidak tetap ataupun singkat mengikut waktu" justeru pihak majikan tidak diperlukan untuk membayar para pekerja mereka.

Sumber : Reuters/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita