Sri Lanka tutup sekolah, gesa rakyat kerja dari rumah untuk jimatkan bahan api
Anggaran Waktu Membaca:

Penduduk Sri Lanka beratur untuk dapatkan minyak. Gambar: AFP
COLOMBO: Tentera di Sri Lanka pada Isnin (27 Jun) memberikan token kepada orang ramai yang sedang beratur untuk mendapatkan minyak petrol di tengah-tengah krisis kekurangan minyak yang teruk di negara itu.
Sri Lanka sedang menghadapi krisis ekonomi paling buruk dalam tujuh dekad. Sekolah di Colombo ditutup dan kakitangan awam diarah untuk bekerja dari rumah.
Dengan rizab pertukaran mata wang asing negara itu berada pada paras
terendah, negara dengan 22 juta penduduk itu bergelut untuk membayar import penting seperti makanan, ubat-ubatan dan yang paling kritikal sekali, bahan api.
Masih tidak jelas sejauh mana pemerintah boleh memastikan rizab bahan api mencukupi.
Bekalan simpanan buat masa ini berjumlah kira-kira 9,000 tan diesel dan 6,000 tan petrol, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Ahad (26 Jun) dengan tiada penghantaran baru bekalan dijangka diterima.
Kakitangan awam sudah diarah bekerja dari rumah sehingga diberitahu kelak. Sekolah juga ditutup selama seminggu di ibu kota Colombo dan kawasan berhampiran.
Barisan kenderaan yang beratur di stesen minyak semakin panjang sejak minggu lepas.
Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan khidmat perubatan akan mendapat keutamaan dalam pengagihan bahan api. Bekalan juga diagihkan kepada pelabuhan dan lapangan terbang.
Sebuah pasukan dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sedang mengadakan rundingan mengenai pakej bantuan berjumlah AS$3 bilion (S$ 4.1).

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.