Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka terima amaran 2 jam sebelum serangan pengganas

Para pegawai risikan Sri Lanka diberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya serangan nekad oleh kumpulan militan ISIS beberapa jam sebelum siri serangan bom dilancarkan di negara itu, membunuh lebih 300 orang pada Hari Easter.

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka terima amaran 2 jam sebelum serangan pengganas

Serangan-serangan nekad dilancarkan ke atas tiga gereja dan empat hotel pada 21 April. (Gambar: Jewel Samad/AFP)

Diterbitkan : 24 Apr 2019 09:42AM Dikemas Kini : 24 Apr 2019 09:47AM

COLOMBO: Para pegawai risikan Sri Lanka diberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya serangan nekad oleh kumpulan militan ISIS beberapa jam sebelum siri serangan bom dilancarkan di negara itu, membunuh lebih 300 orang pada Hari Easter.

Demikian menurut agensi berita Reuters, yang menukil tiga sumber yang mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut.

Serangan-serangan nekad dilancarkan ke atas tiga gereja dan empat hotel pada pagi Ahad (21 Apr), membunuh seramai 321 orang dan mencederakan 500 yang lain, di sebuah negara yang agak damai sejak perang saudara berakhir sedekad lalu.

Kumpulan militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas pertumpahan darah itu pada Selasa (23 Apr), tanpa memberikan sebarang bukti mengenai pelibatannya.

Menurut sumber-sumber, agensi risikan India memberi amaran kepada para pegawai risikan Sri Lanka dua jam sebelum serangan pertama dilancarkan. Agensi berkenaan memberi amaran bahawa gereja-gereja akan dijadikan sasaran dalam serangan-serangan itu.

Amaran itu juga bukan satu-satunya amaran berhubung serangan tersebut. Sebaliknya, lebih banyak amaran dikeluarkan sejak beberapa hari sebelum serangan-serangan itu dilancarkan, iaitu pada 4 April dan 20 April.

Pejabat Presiden Sri Lanka dan Kementerian Luar India bagaimanapun tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut.

Kegagalan untuk mengambil tindakan terhadap amaran-amaran tersebut mencetuskan keprihatinan mengenai perselisihan antara Presiden dengan Perdana Menteri Sri Lanka, yang dikhuatiri akan menggugat keselamatan negara.

Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena, berikrar akan mengambil langkah yang disifatkannya sebagai tindakan tegas, sambil mengatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai maklumat risikan tersebut.

Sejauh ini, pemerintah Sri Lanka sudahpun memberkas sekitar 40 orang.

Namun, Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe menegaskan bahawa terdapat beberapa lagi anggota militan yang masih berleluasa.

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan