Sri Lanka siap siaga terhadap militan samar diri sebagai askar
Para pegawai keselamatan Sri Lanka memberi amaran bahawa kumpulan militan yang mendalangi serangan nekad pada Hari Easter sedang merancang lebih banyak serangan dalam masa terdekat ini menggunakan van dan pengebom yang menyamar diri sebagai askar dan memakai seragam tentera.
Gambar fail polis Sri Lanka yang dipetik pada 25 Apr (Gambar: Reuters)
COLOMBO: Para pegawai keselamatan Sri Lanka memberi amaran bahawa kumpulan militan yang mendalangi serangan nekad pada Hari Easter sedang merancang lebih banyak serangan dalam masa terdekat ini menggunakan van dan pengebom yang menyamar diri sebagai askar dan memakai seragam tentera.
"Berkemungkinan akan berlaku satu lagi siri serangan," kata ketua divisyen keselamatan kementerian (MSD), yang merupakan sebuah unit polis, melalui surat kepada para penggubal dasar dan jabatan keselamatan lain yang dilihat oleh Reuters pada Isnin (29 Apr).
"Maklumat-maklumat relevan menunjukkan individu-individu yang memakai seragam askar dan menaiki van turut terlibat dalam serangan kali ini," menurut surat itu lagi.
Para anggota militan dikatakan menyasarkan serangan mereka terhadap lima lokasi pada Ahad atau Isnin.
Tiada serangan berlaku pada Ahad, dengan tahap keselamatan di seluruh Sri Lanka dipertingkatkan. Pada masa yang sama, berpuluh-puluh individu yang disyaki pengganas ditahan sejak berlakunya serangan ke atas hotel-hotel dan gerejapada 21 April, yang meragut 250 jiwa termasuk 40 warga asing.
Pihak berkuasa mengesyaki para anggota daripada dua kumpulan iaitu - National Thawheedh Jamaath (NTJ) dan Jammiyathul Millathu Ibrahim - melancarkan serangan-serangan tersebut, meskipun ISIS yang mendakwa bertanggungjawab.
Pemerintah Sri Lanka menarik balik perintah berkurung pada Ahad malam buat pertama kali sejak pengeboman pada Ahad. Bagaimanapun pemeriksaan fizikal masih dilakukan secara rambang di Colombo.
Dua menteri kabinet dan dua ahli politik pembangkang mengesahkan dengan Reuters tentang amaran keselamatan terbaru itu.
"Kami sudah dimaklumkan tentang perkara ini oleh MSD," menurut Menteri Kesihatan Rajitha Senaratne.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.