Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka runding dengan Beijing bagi dapatkan pakej bantuan AS$4 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka runding dengan Beijing bagi dapatkan pakej bantuan AS$4 bilion

Orang ramai beratur untuk memasuki kediaman rasmi Presiden Sri Lanka Presiden Gotabaya Rajapaksa di Colombo pada 11 Jul 2022 setelah ia diserbu oleh penunjuk perasaan antipemerintah. (Gambar: Arun Sankar/AFP)

Diterbitkan : 26 Jul 2022 06:26PM Dikemas Kini : 26 Jul 2022 06:27PM
COLOMBO: Sri Lanka sedang meminta bantuan dari China dalam soal pelaburan, perdagangan dan pelancongan.

Ia kini berunding dengan Beijing bagi mendapatkan pakej bantuan AS$4 bilion (S$5.5 bilion) dan ini termasuk bagi bayaran hutang pinjaman yang sepatutnya dilunaskan tahun ini.

Duta Sri Lanka ke China menyatakan ia penting bagi pemulihan ekonominya, mentelah lagi China merupakan pemiutang asing terbesar Colombo.

"Dana itu perlu digunakan khususnya bagi membiayai sumber perusahaan Sri Lanka, terutama industri pakaian kami. Kebanyakan sumber bagi industri pakaian kami datang dari China dan industri pekaian adalah tukaran asing utama bagi Sri Lanka," kata Duta Sri Lanka, Palitha Kohona.

Sri Lanka juga sedang cuba mendapatkan saluran kredit sebanyak AS$1.5 bilion (S$2 bilion) dari Beijing untuk membayar import dari China serta bagi pertukaran matawang.

Beijing sudahpun mengikrarkan hampir AS$75 juta (S$104 juta) bagi sokongan kecemasan.

Namun demikian, Duta Sri Lanka ini berkata lebih banyak lagi diperlukan.

Dalam pada itu pemerintah baru Sri Lanka kini berdepan cabaran dalam rundingannya dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam usaha mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan ekonominya.

IMF menyatakan, perjanjian tidak rasmi yang dijadual dicapai bulan depan kini tertangguh ekoran pelbagai tunjuk perasaan di Colombo.
Sumber : Agensi berita/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan