Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka mansuh sekatan COVID-19 bagi pelancong

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka mansuh sekatan COVID-19 bagi pelancong

(Gambar: Ishara S. Kodikara/AFP)

COLOMBO: Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Rabu (7 Dis) mendedahkan bahawa sekatan COVID-19 yang dikenakan terhadap pelancong yang tiba dari luar negara dimansuhkan. 

Kementerian tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keperluan mempamerkan sijil vaksinasi COVID-19 oleh pelancong yang tiba dari luar negara dimansuhkan dan berkuat kuasa serta-merta, lapor Xinhua.

Selain itu, keputusan ujian negatif COVID-19 semasa ketibaan atau sebelum menaiki pesawat, termasuk ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) dan ujian antigen pantas (ART) tidak lagi diperlukan.

Jika warga asing atau pelancong didapati positif COVID-19 selepas mendarat di Sri Lanka, mereka harus mengasingkan diri selama tujuh hari di hospital privet, hotel atau tempat tinggal mereka dan kos rawatan atau pengasingan perlu ditanggung sendiri, menurut kementarian itu.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan