Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka lapor kes pertama cacar monyet

Anggaran Waktu Membaca:

COLOMBO: Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada Jumaat (4 Nov) memaklumkan bahawa negara tersebut mengesan kes pertama cacar monyet setelah seorang pesakit tiba dari Dubai baru-baru ini. 

Demikian menurut laporan agensi berita Xinhua. 

Kementerian tersebut menyatakan pesakit itu merupakan seorang belia berusia 20 tahun yang tiba dari Dubai pada 1 November. 

Beliau dimasukkan ke Hospital Penyakit Berjangkit (IDH) di pinggir ibu kota Colombo, menurut laporan media tempatan. 

Kementerian tersebut menambah pihaknya akan terus memantau ketibaan pelawat asing dan penduduk tempatan dari luar negara serta akan memperhebatkan usaha untuk mengesan sebarang kes terjangkit.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan