Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka kembali bergolak, ratusan bantah kenaikan cukai, tindakan keras

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka kembali bergolak, ratusan bantah kenaikan cukai, tindakan keras
Diterbitkan : 04 Nov 2022 12:00PM Dikemas Kini : 04 Nov 2022 12:01PM
COLOMBO: Ratusan orang kembali berarak di ibu kota Sri Lanka, pada Rabu (2 Nov) untuk membantah cukai yang lebih tinggi, inflasi dan penindasan yang didakwa dilakukan pemerintah sedang negara itu bergelut untuk bangkit daripada krisis kewangan terburuk dalam masa tujuh dekad.

Bantahan antipemerintah di Colombo itu dianjurkan bersama oleh anggota parti politik pembangkang, kesatuan perdagangan dan kumpulan masyarakat sivil. Polis menghalang penunjuk perasaan yang cuba berarak ke bahagian tengah bandar di mana terletaknya kediaman presiden dan kementerian lain.

Sri Lanka berdepan keadaan tegang sejak April lalu apabila bantahan besar-besaran pelbagai pihak menentang dan mengkritik kaedah pemerintah menangani ekonomi mereka.

Mata wang Sri Lanka merudum selepas kejatuhan sumber ekonomi utamanya iaitu industri pelancongan, selain bebanan hutang. Sekurang-kurangnya 22 juta penduduk di negara itu bergelut krisis ekonomi sehingga tidak mampu membayar makanan, gas memasak dan pelbagai keperluan lain.

Bantahan di seluruh pulau itu pada Julai menyebabkan mantan presiden Gotabaya Rajapaksa melarikan diri dan meletak jawatan selepas penunjuk perasaan menyerbu pejabat dan kediamannya.
Penggantinya, Presiden Ranil Wickremesinghe akan membentangkan belanjawan pertamanya pada 14 November yang mungkin melibatkan kenaikan cukai yang tinggi dan pembaharuan lain untuk meletakkan ekonomi negara yang bermasalah itu kembali ke landasan yang betul, serta mendapat kelulusan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi pinjaman AS$2.9 bilion (S$4.13 bilion).
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan