Skip to main content

Dunia

Sri Lanka isytihar perintah darurat selepas presiden lari ke Maldives

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka isytihar perintah darurat selepas presiden lari ke Maldives

(Gambar: Eranga Jayawardena/AP)

COLOMBO: Sri Lanka yang dilanda krisis mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada Rabu (13 Jul), beberapa jam selepas Presiden Gotabaya Rajapaksa meninggalkan negara itu, kata pejabat Perdana Menteri.

“Memandangkan presiden berada di luar negara, perintah darurat diisytiharkan untuk menangani situasi di negara ini,” kata jurucakap Perdana Menteri Dinouk Colombage kepada AFP.

Presiden Rajapaksa meninggalkan negara itu dengan terbang ke Maldives awal Rabu, selepas berjanji pada hujung minggu untuk meletakkan jawatan dan membuka jalan bagi "peralihan kuasa secara aman".

Sebagai presiden, Rajapaksa menikmati imuniti daripada penahanan, dan dipercayai mahu ke luar negara sebelum mengundurkan diri bagi mengelak kemungkinan ditahan.

Menurut sumber imigresen, Rajapaksa, isteri dan pengawal peribadinya adalah antara empat penumpang di dalam pesawat tentera Antonov-32 yang berlepas dari lapangan terbang antarabangsa utama Sri Lanka menuju ke Maldives.

“Pasport mereka dicap dan mereka menaiki penerbangan khas tentera udara,” kata seorang pegawai imigresen yang terlibat dalam proses itu kepada AFP.

Sumber pemerintah dan orang yang rapat dengan Rajapaksa berkata beliau kini berada di Male, ibu kota Maldives. 

Kemungkinan besar pemimpin berusia 73 tahun itu yang pernah dikenali sebagai The Terminator akan meneruskan perjalanan ke negara Asia lain, kata sumber pemerintah. 

Beliau tidak kelihatan di khalayak ramai sejak Jumaat dan parlimen akan memilih penggantinya pada 20 Julai.

Sumber : Agensi berita/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita