Skip to main content

Dunia

Sri Lanka isytihar 23 April hari berkabung bagi peringati mangsa serangan pengganas

Sri Lanka mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional selepas beberapa siri pengeboman maut dilancarkan pada hujung minggu lalu, lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik media tempatan pada Isnin (22 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka isytihar 23 April hari berkabung bagi peringati mangsa serangan pengganas

Sri Lanka mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP/Getty Images)

Diterbitkan : 23 Apr 2019 11:50AM Dikemas Kini : 23 Apr 2019 12:16PM

ANKARA: Sri Lanka mengisytiharkan 23 April sebagai hari berkabung nasional selepas beberapa siri pengeboman maut dilancarkan pada hujung minggu lalu, lapor agensi berita Turki Anadolu yang memetik media tempatan pada Isnin (22 Apr).

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Nasional yang dipengerusikan Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena.

Encik Sirisena juga dijangka bertemu para diplomat asing untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Tiga anak jutawan Denmark, Anders Holch Povlsen, turut terbunuh dalam insiden pengeboman itu.

Encik Povlsen, 46 tahun, lelaki terkaya Denmark, merupakan pemegang saham utama syarikat runcit fesyen online Britain, Asos, dan CEO perniagaan borong fesyen, Bestseller.

Sekurang-kurangnya 310 orang maut manakala lebih 500 lagi cedera dalam beberapa siri pengeboman yang menyasarkan beberapa gereja serta hotel mewah di tiga bandar di Sri Lanka pada Hari Easter.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita