Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka dedah nama pengebom nekad Easter

Polis Sri Lanka hari ini (1 Mei), mendedahkan nama sembilan orang yang melakukan serangan bom pada sambutan hari Easter, yang meragut 253 nyawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka dedah nama pengebom nekad Easter

Letupan pertama dilaporkan di St Anthony's Shrine dalam Gereja Colombo (gambar) dan Gereja St Sebastian's di bandar Negombo. (Gambar: ISHARA S. KODIKARA/AFP)

Diterbitkan : 01 May 2019 11:42PM Dikemas Kini : 01 May 2019 11:51PM

COLOMBO: Polis Sri Lanka hari ini (1 Mei) mendedahkan nama sembilan orang yang melakukan serangan bom pada sambutan hari Easter, yang meragut 253 nyawa.

Polis juga mengumumkan aset kesemua penyerang itu akan disita mengikut undang-undang antipengganas.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera mengesahkan dua beradik berasal dari keluarga kaya di Colombo melakukan serangan ke atas dua daripada hotel mewah dalam insiden tersebut.

Kumpulan militan Islam dilaporkan menempatkan seorang pengebom di setiap lokasi, kecuali hotel Shangri-La yang mana dua pengebom nekad menyerang hotel mewah berkenaan.

Salah seorang pengebom di Shangri-La adalah Zahran Hashim, iaitu ketua kumpulan militan tempatan yang bertanggungjawab ke atas beberapa serangan, didakwa dilakukan kumpulan pengganas ISIS.

Hashim memimpin kumpulan dipanggil National Thowheeth Jama'ath (NTJ), yang sudah diharamkan pemerintah sejak itu. Dia didakwa melakukan serangan di Shangri-La bersama rakannya, Ilham Ahmed Mohamed Ibrahim.

Abang Ilham, iaitu Inshaf Ahmed pula terbabit dalam serangan di hotel Cinnamon Grand.

Hotel ketiga pula, iaitu hotel Kingsbury, diserang oleh lelaki dikenali sebagai Mohamed Azzam Mubarak Mohamed. Menurut Encik Gunasekera, isteri Azzam kini dalam tahanan polis.

Gereja St.Anthony's disasarkan penduduk tempatan dikenalpasti sebagai Ahmed Muaz. saudara lelakinya sudah ditahan polis.

Pengebom gereja St,Sebastian, Mohamed Hasthun merupakan penduduk asal tempat di mana Hashim menubuhkan pangkalannya.

Penyerang gereja Christian Zion di kawasan Batticaloa di timur Sri Lanka juga penduduk tempatan dikenali sebagai Mohamed Nasser Mohamed Asad.

Seorang lagi lelaki gagal untuk meletupkan bom di sebuah lagi hotel mewah namun, meletupkannya di sebuah bangunan penginapan dekat ibu kota Colombo. Dia dikenal pasti sebagai Abdul Latheef yang pernah menuntut di Britain dan Australia.

Tidak lama selepas serangan bom di hotel-hotel berkenaan, Fathima Ilham, isteri kepada adik dalam pasangan dua beradik penyerang itu meletupkan dirinya, membunuh dua anak mereka serta tiga pegawai polis yang berada di rumahnya di Colombo.

"Kami akan menggunakan undang-undang pencegahan pembiayaan pengganas untuk merampas harta benda penyerang," kata Encik Gunasekera. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan