Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sri Lanka akan haramkan burqa, tutup lebih 1,000 madrasah

Sri Lanka akan melarang pemakaian burqa dan menutup lebih 1,000ibu madrasah, kata seorang menteri pemerintah pada Sabtu (13 Mac), dalam satu tindakan terbaru yang menjejas penduduk minoriti Muslim di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Sri Lanka akan haramkan burqa, tutup lebih 1,000 madrasah

Gambar fail seorang wanita Muslimah di Sri Lanka (Gambar: REUTERS/Danish Siddiqui)

Diterbitkan : 13 Mar 2021 08:58PM Dikemas Kini : 13 Mar 2021 09:04PM

COLOMBO: Sri Lanka akan melarang pemakaian burqa dan menutup lebih 1,000ibu madrasah, kata seorang menteri pemerintah pada Sabtu (13 Mac), dalam satu tindakan terbaru yang menjejas penduduk minoriti Muslim di negara itu.

Menteri keselamatan awam Sarath Weerasekera memberitahu satu sidang media bahawa beliau sudah menandatangani satu dokumen pada Jumaat untuk kelulusan kabinet bagi melarang burqa atas alasan "keselamatan negara".

"Pada zaman awal kita wanita dan gadis Muslim tidak pernah memakai burqa," katanya. "Ini adalah tanda ekstremisme agama yang muncul baru-baru ini. Kami pasti akan melarangnya."

Pemakaian burqa di negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha itu dilarang untuk sementara waktu pada 2019 setelah pengeboman gereja dan hotel oleh militan Islam yang meragut lebih 250 mangsa.

Lewat akhir 2019, Gotabaya Rajapaksa, yang terkenal kerana menangani pemberontakan selama sedekad di utara negara itu sebagai setiausaha pertahanan, dipilih menjadi presiden setelah menjanjikan tindakan keras terhadap anasir pelampau.

Encik Rajapaksa dituduh melakukan pencabulan hak asasi secara meluas semasa perang, satu tuduhan yang ditolaknya.

Encik Weerasekera berkata bahawa pemerintah merancang untuk menutup lebih dari 1,000 madrasah yang menurutnya melanggar dasar pendidikan nasional.

"Tiada sesiapa yang boleh membuka sekolah dan mengajar apa sahaja yang anda mahukan kepada kanak-kanak," katanya.

Langkah pemerintah terhadap burqa dan madrasah menyusuli perintah tahun lalu yang mewajibkan pembakaran mayat mangsa COVID-19, termasuk mayat orang Islam.

Larangan itu ditarik balik awal tahun ini setelah kritikan dari Amerika Syarikat dan kumpulan hak asasi antarabangsa.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan