Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura lapor 7,965 kes baru COVID-19; 1 kematian

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura lapor 7,965 kes baru COVID-19; 1 kematian

Orang ramai menyeberangi sebuah jalan raya di Orchard Road. (Gambar: iStock)

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 7,965 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Selasa (9 Ogos).

Jumlah kes baru itu terdiri daripada 7,707 jangkitan tempatan dan 258 ‬kes import.

Satu kematian dilaporkan.

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru COVID-19 pada 9 Ogos: 7,965
Kes baru tempatan: 7,707
Kes import: 258

Jumlah kes baru Protokol 2: 7,250

Ini terdiri daripada 7,028 kes tempatan dan 222 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 715 kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 679 adalah jangkitan tempatan, manakala 36 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,771,081

KEMATIAN

Kes kematian pada 9 Ogos: 1

Jumlah kematian sejauh ini: 1,542

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.81, turun sedikit berbanding 0.82 semalam (8 Ogos).

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar kurang 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 731 pesakit masih dirawat di hospital, meningkat berbanding 680 yang dicatatkan semalam (8 Ogos).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 73

Dipantau rapi di ICU: 27

Seramai 5,799 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Isnin (8 Ogos), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 93 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 79 peratus
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan