Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura 'kutuk keras' serangan terhadap loji minyak Saudi

Singapura "mengutuk keras" serangan terhadap kemudahan tenaga Arab Saudi pada Jumaat (25 Mac), termasuk loji penyimpanan minyak milik gergasi minyak Aramco di Jeddah.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura "mengutuk keras" serangan terhadap kemudahan tenaga Arab Saudi pada Jumaat (25 Mac), termasuk loji penyimpanan minyak milik gergasi minyak Aramco di Jeddah.

"Serangan sedemikian tidak boleh diterima dan tidak boleh dibenarkan," menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan media pada Sabtu (26 Mac).

Pemberontak Houthi di Yaman mengaku bertanggungjawab atas serangan di Jeddah itu, yang mencetuskan kebakaran besar. Ia merupakan salah satu daripada beberapa serangan dron dan peluru berpandu oleh kumpulan yang bersekutu dengan Iran terhadap negara itu.

Serangan tersebut dilancarkan sedang Jeddah menjadi tuan rumah acara perlumbaan Grand Prix Formula 1 Arab Saudi pada hujung minggu ini. Kepulan asap tebal dilihat dari litar perlumbaan, menurut para saksi.

Pihak Houthi memperhebat serangan-serangannya terhadap loji minyak Saudi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ini menjelang ulang tahun ketujuh campur tangan tentera gabungan pimpinan Arab Saudi terhadap pemberontak di Yaman, sebuah negara yang kini berdepan krisis kemanusiaan besar-besaran.

Sejauh ini tiada laporan sebarang rakyat Singapura terjejas oleh serangan itu, menurut MFA.

"Rakyat Singapura di Arab Saudi harus berwaspada dan mengikut perkembangan berita tempatan. Mereka harus mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya demi keselamatan diri," tambah MFA.

"Kami menggesa semua rakyat Singapura di Arab Saudi atau yang melakukan perjalanan ke negara itu supaya membuat pendaftaran online bersama MFA."

Rakyat Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh hubungi Kedutaan Singapura di Riyadh, Konsulat Agung Singapura di Jeddah atau Pejabat Petugas MFA 24-jam di:

Kedutaan Singapura di Riyadh:

Nombor Talian: +966-11-480-3855
Talian Kecemasan (selepas waktu pejabat): +966-50019-1220
Emel: Singemb_ruh [at] mfa.sg

Konsulat Agung Singapura di Jeddah:

Nombor Talian: +966-12-607-3980/3981
Talian Kecemasan (selepas waktu pejabat): +966-50-559-6481
Emel: Singcg_JED [at] mfa.sg

Pejabat Petugas MFA (24-jam):

Nombor Talian: +65 6379 8800/8855
Emel: mfa_duty_officer [at] mfa.gov.sg

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan