Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM tidak tolak pelibatan syarikat ternama dalam kes kartel daging

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan terdapat pelibatan syarikat ternama dalam isu berhubung kegiatan kartel penyeludupan daging sejuk beku ke Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM tidak tolak pelibatan syarikat ternama dalam kes kartel daging

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Jan 2021 07:55AM Dikemas Kini : 05 Jan 2021 07:56AM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan terdapat pelibatan syarikat ternama dalam isu berhubung kegiatan kartel penyeludupan daging sejuk beku ke Malaysia.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata siasatan menyeluruh SPRM akan dilakukan untuk membuktikan pembabitan pihak tertentu dalam kes kartel daging itu.

“Sekiranya ia sudah melibatkan kartel seperti yang didakwa, kami percaya mesti ada 'taikun' atau syarikat ternama yang terlibat dalam perkara ini. SPRM akan siasat dan tiada sesiapa akan terlepas.

“Bagaimanapun, nama syarikat atau taikun yang dipercayai terlibat ini tidak dapat didedahkan kerana ia masih dalam peringkat siasatan,” katanya dalam satu program bual bicara terbitan sebuah televisyen swasta (NTV7) hari ini.

Beliau berkata adalah tidak adil jika nama syarikat didedahkan kerana kes masih dalam siasatan, manakala dakwaan pelibatan dalam kartel atau berlakunya pengimportan daging secara haram itu juga hanya berdasarkan laporan dibuat oleh pihak media.

Isu kartel daging import mula mendapat perhatian ramai selepas media baru-baru ini melaporkan taktik kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari luar negara sebelum membungkus semula daging berkenaan dengan menggunakan logo halal dan menjualnya di pasaran seluruh Malaysia. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan