Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM tidak temui sabarang salah laku oleh Petronas

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM tidak temui sabarang salah laku oleh Petronas

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

KUALA LUMPUR: Petronas mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui salah laku dalam kalangan kakitangan dan pengarahnya berhubung pemberian kontrak pada tahun 2021 kepada anak syarikat tempatan milik sebuah syarikat huluan antarabangsa.

Petronas menyatakan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang tempoh siasatan yang tidak menemui sebarang salah laku.

Oleh itu, selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan dasar toleransi sifar rasuah, Petronas sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP), lapor agensi Berita Harian.

"Ini sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah serta salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam kumpulan.

"Petronas juga akan terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha ini," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu (27 Mei), seperti dipetik daripada Berita Harian.

Pada Jumaat (26 Mei), SPRM memaklumkan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat unsur rasuah bernilai RM399 juta (S$117 juta), membabitkan projek Petronas dengan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.

SPRM dalam kenyataannya mengesahkan sudah membuka fail siasatan berhubung dakwaan berkenaan seperti yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini.

Laporan portal itu mendakwa Petronas dikatakan 'memberi' hampir RM400 juta (S$117 juta) kontrak kepada sebuah syarikat yang sebelum ini diputuskan bersalah atas pembabitan rasuah di seluruh dunia.

Laporan itu turut meminta SPRM menyiasat jika ada salah laku membabitkan kepimpinan tertinggi Petronas.

Menurut SPRM, setakat ini, pihaknya menemui beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja Petronas berhubung isu berkenaan serta sudah mencadangkan penambahbaikan SOP sebagai langkah pencegahan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan