SPRM siasat dakwaan rasuah libatkan bekas setiausaha politik kanan PM Anwar
PM Malaysia Anwar Ibrahim (kanan) dan bekas setiausaha politk kanan beliau Shamsul Iskandar Mohd Akin semasa satu acara di Melaka pada 29 Sep 2025. (Gambar: Facebook/Shamsul Iskandar Mohd Akin)
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam kenyataan pada Rabu (26 Nov) berkata pihaknya akan memanggil Albert Tei selaku individu yang membuat dakwaan itu, serta Shamsul Iskandar dalam masa terdekat untuk merekodkan keterangan.
Beliau menambah SPRM juga akan memanggil semua pihak berkaitan bagi mengumpul bukti yang diperlukan.
“Orang ramai diharap tidak membuat sebarang spekulasi mengenai isu ini dan memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan bagi mengumpul keterangan serta bukti berkaitan tohmahan ini,” katanya.
Pada Selasa (25 Nov), Encik Shamsul Iskandar mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri.
Baru-baru ini, mantan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menggesa agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengambil tindakan, termasuk kemungkinan siasatan oleh SPRM, berhubung sepucuk surat sokongan yang dikeluarkan seorang daripada setiausaha politik beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.