SPRM siasat dakwaan rasuah babitkan Petronas, syarikat antarabangsa

(Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka fail siasatan terhadap isu rasuah melibatkan projek Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa, lapor Astro AWANI.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat (26 Mei), SPRM menyatakan, Petronas memberi kerjasama penuh dalam siasatan melibatkan projek bernilai RM399 juta (S$117 juta) di Sarawak itu.
Suruhanjaya itu bagaimanapun tidak mendedahkan nama projek atau syarikat minyak dan gas antarabangsa yang disiasat.
Petronas juga tidak segera membalas permintaan agensi berita Reuters untuk mengulas.
“Setakat ini, SPRM telah menemukan beberapa kelemahan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja berhubung isu tersebut.
“Sehubungan itu, Suruhanjaya ini telah mencadangkan penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) sebagai langkah-langkah pencegahan,” menurut kenyataan tersebut.
SPRM turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat baharu berhubung isu tersebut untuk menyalurkan maklumat kepada SPRM.
Menurut kenyataan itu lagi, siasatan selanjutnya akan dilakukan di bawah Akta SPRM 2009.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.