Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM siasat beberapa individu di Kuwait terbabit kes 1MDB

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.

SPRM dalam kenyataan pada Ahad (4 Sep) memaklumkan pihaknya sudahpun mengadakan beberapa siri perbincangan bersama agensi penguat kuasa Kuwait sejak dua tahun lalu.

“Ketika ini, SPRM masih menunggu keterangan daripada pihak di Kuwait yang dimohon menerusi Bantuan Perundangan Bersama dan perkara berkenaan masih lagi dalam kajian pihak Kuwait.

“SPRM sebagai antara peneraju utama dalam usaha pemulihan aset menitikberatkan tindakan mendapat kembali aset dan wang yang hilang hasil penyelewengan 1MDB serta beberapa syarikat lain yang terlibat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memaklumkan setiap tindakan dengan kerjasama agensi penguat kuasa luar negara melibatkan aliran wang amat kompleks dan rumit. 

Selain itu, Pejabat Peguam Negara menolak sepenuhnya tawaran penyelesaian ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, kepada kerajaan Malaysia pada 16 Julai lalu.

Oleh itu, SPRM memohon semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu tersebut bagi mengelakkan kekeliruan kepada masyarakat umum serta boleh menjejaskan siasatan.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan