SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri
Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri melambai dari dalam keretanya. (Gambar: BERNAMA)
PUTRAJAYA: Mantan Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat (Apr 25), untuk menyambung proses memberi keterangan bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
Kenderaan membawa Perdana Menteri kesembilan itu tiba pada pukul 2.52 petang dan kehadiran beliau ke ibu pejabat SPRM merupakan kali kesembilan bagi tujuan memberi keterangan.
Pada Khamis (24 Apr), beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada pukul 6.11 petang selepas selesai proses merakam keterangan yang berlangsung selama tujuh jam.
Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai Perdana Menteri dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sumber : Bernama/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.