SPRM rampas wang tunai RM170 juta, jongkong emas dari bekas pegawai kanan Ismail Sabri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempamerkan wang tunai berjumlah sekitar RM170 juta (S$51.3 juta) dalam pelbagai mata wang antarabangsa serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta (S$2.1 juta) dalam sidang medianya pada Isnin (3 Mac).
Ketua SPRM Azam Baki (tiga dari kiri) di sidang media khas berhubung kes mantan PM Ismail Sabri Yaakob di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Presint 7. (Gambar: Bernama)
Wang itu ditunjukkan secara terbuka selepas SPRM mendedahkan, wang tunai ratusan jutaan ringgit dan barangan berharga dirampas dalam tiga premis termasuk sebuah 'safehouse', berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan mantan Perdana Menteri Ismail Sabri.
Menurut laporan BH Online, SPRM menyatakan bahawa wang tunai yang dirampas itu meliputi nilai dalam Baht, Riyal, Pound Sterling (GBP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan.
Jongkong emas dan barangan kemas turut dipaparkan dalam sidang media itu.
Sidang media dikendalikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dan turut dihadiri Ahmad Khusairi Yahaya, Ketua Pengarah Siasatan SPRM, Idris Zaharudin, serta pegawai kanan bahagian lain, lapor BH Online.
Pada Ahad (2 Mac), BH Online melaporkan bahawa SPRM menyita wang tunai berjumlah sekitar RM170 juta (S$51.3 juta) dalam pelbagai mata wang antarabangsa dan merampas 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta (S$2.1 juta) dalam siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Ismail Sabri, yang juga merupakan perdana menteri kesembilan Malaysia.
Ia adalah hasil pemeriksaan di kediaman serta tiga premis lain yang dipercayai sebagai 'safehouse' menyusuli penahanan empat individu minggu lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.