SPRM rampas, beku RM2.5 bilion sejak Jun dalam siasatan 1MDB
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merampas dan membekukan wang tunai bernilai RM2.5 bilion (S$830,000 juta) sejak Jun lalu.
Ketua Pesuruhajaya Mohd Shukri Abdull. (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah merampas dan membekukan wang tunai bernilai RM2.5 bilion (S$830,000 juta) sejak Jun lalu.
Ketua Pesuruhajaya Mohd Shukri Abdull berkata rampasan itu membabitkan pelbagai kesalahan rasuah, penyelewengan, serta salah guna kuasa selain siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh SPRM.
“Sejak Jun lalu juga, kita sudah menahan 336 individu atas pelbagai kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum berjaya mendakwa kira-kira 100 daripada mereka di mahkamah.
Beliau menambah, kesemua angka tangkapan, pertuduhan serta nilai wang tunai dirampas cukup mengejutkan sekaligus membuktikan kes rasuah dan penyelewengan di Malaysia cukup serius.
Encik Mohd Shukri selanjutnya berkata SPRM menyahut seruan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad agar memerangi rasuah habis-habisan dan pesalah rasuah dikenakan hukuman lebih berat sekurang-kurangnya hukuman sebat.
“Rasuah boleh membawa kepada jenayah lain seperti kedatangan PATI (pendatang asing tanpa tanpa izin), kegiatan judi dan pelacuran.
“Seperti di China, mereka melaksanakan hukuman tembak mati kepada penjenayah yang mengamalkan rasuah.
“Namun, apa yang dicadangkan (hukuman mati) itu amat mustahil dilaksanakan. Ini kerana negara kita sedang dalam usaha untuk memansuhkan hukuman mati… kita boleh kenakan hukuman lain seperti sebatan,” katanya.
Pada Rabu (26 Sep), di London, Dr Mahathir berikrar bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan akan bertindak habis-habisan bagi memastikan pentadbiran baru itu bebas dari gejala rasuah.
Beliau berkata kerajaan dan anggota kabinetnya harus menjadi contoh terbaik dalam usaha memerangi rasuah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.