SPRM rakam keterangan mantan Menteri Kewangan berhubung kontrak kenderaan kerajaan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR: Kenyataan mantan Menteri Kewangan membabitkan kes kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) telah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya sudah selesai melakukan rakaman percakapan melibatkan mantan menteri tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.
Beliau berkata, akaun yang dibekukan membabitkan kes tersebut masih dalam proses pembekuan dan pihaknya tidak pernah 'membuka' akaun berkenaan untuk digunakan.
"Ramai saksi sudah dipanggil bagi memberi keterangan dan SPRM juga tidak menolak akan memanggil sesiapa sahaja yang terbabit dalam kuasa meluluskan projek berkenaan.
"Keterangan bekas Menteri Kewangan tersebut sudah dirakam, namun bekas Perdana Menteri ketika itu masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.
"Untuk siasatan lanjut, kita serahkan kepada pegawai penyiasat untuk memanggil bekas Perdana Menteri tersebut bagi memberi keterangan sekiranya ada keperluan," katanya dalam sidang media pada Khamis (22 Feb), lapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Konvokesyen Program Pegawai Integriti Betauliah (CeIO) kali ke-10 di World Trade Centre (WTC).
Majlis konvokesyen itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Mengulas lanjut, Encik Azam berkata, menjadi tanggungjawab kepadanya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang, aduan dan tohmahan yang diterima oleh pihaknya.
Buat masa ini, tegas beliau, menjadi tanggungjawabnya dan SPRM untuk menyiasat apa jua aduan diberikan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM melakukan serbuan ke atas kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion (S$1.3 bilion).
SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan dengan memanggil lebih 20 individu, selain bertindak membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu yang berkaitan dalam kes tersebut.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebelum ini menyifatkan kontrak perolehan Spanco hanya merugikan negara.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.