Skip to main content

Dunia

SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah
(Gambar: BERNAMA)
Diterbitkan : 29 Dec 2025 07:58PM
  • Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta (S$1.59 juta) dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
  • Menurut sumber, bekas menteri terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin (29 Dis) bagi dirakam keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.
  • Sumber memaklumkan seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan setakat ini tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan.
Dijana oleh AI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta (S$1.59 juta) dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Menurut sumber, bekas menteri terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Isnin (29 Dis) bagi dirakam keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

“Bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini diwartakan untuk pembinaan surau dipindah milik kepada satu syarikat proksi," katanya.

Sumber memaklumkan seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan setakat ini tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 berada dalam radar siasatan SPRM. Ini susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita