SPRM pertimbang khidmat pakar forensik luar negara dalam siasatan TH
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menimbangkan untuk menggunakan khidmat pakar forensik luar negara bagi membantu siasatan berkaitan penemuan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH). (Gambar fail: Bernama)
- SPRM sedang menyiasat penemuan dalam Laporan RCI berkaitan pelaburan dan dokumentasi Tabung Haji, dengan Abdul Halim Aman mengetuai usaha ini.
- SPRM mempertimbangkan untuk melantik pakar forensik luar negara bagi membantu siasatan yang memerlukan kepakaran khusus.
- Setakat ini, 14 kertas siasatan telah dibuka, melibatkan operasi seperti tangkapan, reman, sitaan dan pemeriksaan di 28 premis.
- Seramai 115 saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan, manakala tujuh suspek ditahan dan lima daripadanya direman di Pejabat SPRM.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Abdul Halim Aman berkata siasatan itu melibatkan aspek pelaburan, dokumentasi perjanjian serta kontrak yang memerlukan penelitian forensik secara terperinci.
Beliau berkata penelitian turut merangkumi minit mesyuarat dan pelbagai dokumen berkaitan keputusan pelaburan yang dibuat.
“Dokumen yang terlibat dalam siasatan ini begitu banyak yang perlu dikaji dan diteliti. Dan usaha ini memerlukan penelitian khusus di samping kepakaran.
“Perbincangan melantik pakar forensik ini juga tertakluk kepada kos terlibat. Pakar forensik ini juga akan bekerjasama dengan pegawai pakar yang kami ada di SPRM,” katanya kepada wartawan dalam satu sidang media pada Khamis (13 Ogos).
Sementara itu, Encik Abdul Halim berkata sehingga hari ini, SPRM telah membuka 14 kertas siasatan serta melaksanakan beberapa tindakan operasi termasuk tangkapan, reman dan sitaan.
Beliau berkata siasatan itu melibatkan pemeriksaan dan penggeledahan di 28 premis.
“Sebanyak 115 orang saksi dipanggil untuk ditemu bual dan dirakam keterangan mereka di Pejabat SPRM, manakala tujuh orang suspek telah ditahan dan lima daripada mereka direman,” katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.