Skip to main content

Dunia

SPRM panggil Zahid buat kali ketiga

Presiden UUMNO Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada Rabu (10 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM panggil Zahid buat kali ketiga

Dr Ahmad Zahid Hamidi. (Gambar fail: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 08 Oct 2018 04:39PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 04:40PM

KUALA LUMPUR: Presiden UUMNO Ahmad Zahid Hamidi akan dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pada Rabu (10 Okt).

Malaysiakini difahamkan mantan timbalan perdana menteri itu diarahkan hadir pada jam 10.00 pagi.

Laman itu bagaimanapun tidak membutirkan tentang kes berkaitan di mana Encik Zahid Hamidi akan disoal siasat.

Sebelum ini beliau pernah dipanggil SPRM sebanyak dua kali selepas Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Beliau disoal berkaitan penggunaan dana organisasi kebajikan Yayasan Akal Budi bagi menjelaskan hutang kad kreditnya, lapor Malaysiakini.

Dalam pertemuan lain, Encik Zahid disiasat berkaitan dakwaan beliau bertemu dengan kerabat Arab Saudi yang dikatakan memindahkan wang RM2.6 bilion (S$870,000 juta) ke dalam akaun mantan Perdana Menteri Najib Razak. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita