SPRM panggil beberapa individu berhubung aduan PAS terima wang RM90 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima aduan berhubung wang RM90 juta (S$30 juta) disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.

(Gambar hiasan: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima aduan berhubung wang RM90 juta (S$30 juta) disyaki dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun beberapa pemimpin PAS.
Menurut kenyataan SPRM, satu aduan polis sudah dibuat orang awam pada Selasa (5 Feb) dan aduan berkenaan sudah dirujuk kepada SPRM.
Sehubungan itu, SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan kuasa dan undang-undang yang diperuntukkan kepada suruhanjaya.
Menurut sumber SPRM, beberapa individu akan dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.