Skip to main content

Dunia

SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan selepas dipanggil oleh suruhanjaya  itu bagi membantu siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 10:37PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 10:39PM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan selepas dipanggil oleh suruhanjaya  itu bagi membantu siasatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Encik Azam Baki berkata SPRM tidak pernah menahan Syed Saddiq.

“Dia (Syed Saddiq) tidak ditahan oleh kami (SPRM),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini (17 Jul).

Hari ini tular di media sosial mengenai spekulasi Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu ditahan oleh pihak SPRM. 

Semalam, Syed Saddiq dipetik menerusi akaun media sosialnya menyatakan beliau dipanggil oleh SPRM bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan kehilangan wang lebih RM200,000 (S$65,000) dari kediaman Syed Saddiq di Petaling Jaya, Mac lepas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita