SPRM nafi berat sebelah kes wartawan terima rasuah RM20,000
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar hiasan: BERNAMA)
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan pihaknya tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan siasatan melibatkan isu rasuah termasuk terhadap individu bergelar wartawan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, penahanan seorang wartawan portal berita baru-baru ini dibuat berdasarkan bukti kukuh bahawa lelaki terbabit dipercayai meminta dan menerima suapan wang tunai sebanyak RM20,000.
Menurut beliau, siasatan mendapati wang itu diterima sebagai ganjaran bagi menurunkan artikel yang disiarkan serta tidak menerbitkan lagi laporan mengenai sebuah agensi pekerja asing yang dipercayai terlibat dalam sindiket kemasukan pekerja asing.
"SPRM tidak pernah pilih bulu dalam melaksanakan siasatan.
"Sesiapa sahaja yang terbabit dalam rasuah, termasuk wartawan atau ahli politik, tetap akan disiasat tanpa pengecualian," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad (2 Mac).
Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan SPRM menahan wartawan terbabit, sebaliknya meminta siasatan lebih tertumpu kepada dakwaan rasuah melibatkan ejen pekerja asing dan pegawai imigresen di pintu masuk negara.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan menahan wartawan itu sebagai 'janggal' kerana individu tersebut hanya melaporkan dakwaan salah laku melibatkan penyeludupan pekerja asing tanpa izin (PATI).
"PAS percaya lebih wajar SPRM mendahulukan siasatan terhadap dakwaan sindiket penyeludupan PATI berbanding menahan wartawan yang sekadar menjalankan tugas," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, penahanan wartawan berusia 49 tahun itu dibuat selepas siasatan mendapati suspek meminta wang suapan sebanyak RM100,000 daripada agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket berkenaan.
Bagaimanapun, selepas rundingan, suspek bersetuju menerima pendahuluan sebanyak RM20,000 sebelum ditahan dalam operasi di sebuah hotel di Shah Alam pada pukul 11.45 malam, Jumaat lalu.
Wartawan tersebut kini direman selama empat hari sehingga 4 Mac selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Sumber : Agensi berita/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.