SPRM mula siasatan kes Daim Zainuddin sejak Feb
Anggaran Waktu Membaca:
Pengerusi Majlis Penasihat Negara Malaysia, Daim Zainuddin (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan bahawa pihaknya menjadikan Encik Daim Zainuddin sebagai sasaran politik seperti yang didakwa mantan Menteri Kewangan itu.
Menurut kenyataan SPRM pada Sabtu (30 Dis), siasatan terhadap Encik Daim adalah berlandaskan undang-undang.
Ia telah dimulakan sejak Februari lalu berdasarkan maklumat daripada Kertas Pandora.
Encik Daim disiasat mengenai rasuah dan pengubahan wang haram.
Baru-baru ini, Encik Daim mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan SPRM melakukan penganiayaan politik atau "political witch hunt" terhadapnya.
Beliau membuat dakwaan itu selepas SPRM menyita Menara Ilham, sebuah bangunan perniagaan bernilai jutaan ringgit di Kuala Lumpur, milik Encik Daim dan keluarganya.

Encik Daim juga menafikan beliau dan keluarganya terbabit dalam rasuah atau sebarang salah laku, sebaliknya mendakwa siasatan terhadapnya bermotifkan politik dan menimbulkan kekeliruan dan salah faham kepada masyarakat umum.
Beliau juga sebelum ini dilaporkan berkata, sehingga kini tidak dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukannya walaupun sudah berkali-kali mengajukan perkara itu kepada SPRM.
SPRM dalam kenyataannya menekankan bahawa dakwaan Encik Daim itu tidak tepat.
Menurutnya, mantan menteri itu telah diberi notis supaya mengisytiharkan segala aset sama ada di dalam dan luar negara secara bertulis serta akuan bersumpah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis pada 7 Jun lalu.
"Tun Daim memohon lanjutan tempoh sebanyak lima kali dan diberikan lanjutan pada 6 Julai; 10 Ogos; 11 September; 11 Oktober dan terakhir pada 14 November lalu untuk mengisytiharkan segala aset miliknya.
"Sebagai sebahagian daripada proses siasatan SPRM, Pendakwa Raya mengeluarkan Notis Penyitaan Menara Ilham mengikut Seksyen 38 (1) Akta 694 (Penyitaan Harta Tak Alih) pada 18 Disember lalu.
"Tun Daim disiasat mengikut Seksyen 23 akta sama dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)," kata kenyataan itu.

Sumber : Agensi berita/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.