Skip to main content

Dunia

SPRM cari bekas pembantu Rafizi bantu siasatan seleweng RM1.11 bilion

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM cari bekas  pembantu Rafizi bantu siasatan seleweng RM1.11 bilion
Mantan Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli dan bekas pembantunya, James Chai. (Gambar: CNA/Zamzahuri Abas, LinkedIn/James Chai)
Diterbitkan : 04 Mar 2026 06:38PM Dikemas Kini : 04 Mar 2026 06:39PM
PUTRAJAYA: Bekas pembantu kepada mantan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli iaitu James Chai dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan RM1.11 bilion (S$355,160) membabitkan seorang menteri kanan, menurut laporan Harian Metro.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, individu terbabit yang kini berada di Britain merupakan individu yang dikehendaki.

"Saya tidak katakan dia seorang saksi, tetapi dia perlu segera pulang ke Malaysia untuk dirakam percakapan.

"Setakat ini, kita masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihaknya dan disebabkan itu kita keluarkan di media kerana beliau perlu pulang dari Britain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM pada Rabu, seperti dinukil Harian Metro.

Awal dari itu, SPRM mengeluarkan kenyataan media mengesan penganalisis politik, Chai Jin Sern atau dikenali sebagai James Chai, yang juga bekas pembantu kepada Rafizi bagi membantu siasatan.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci butiran kes yang disiasat membabitkan Chai.
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita