SPRM buka tiga kertas siasatan berhubung isu IJM Corporation
Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tiga kertas siasatan berhubung beberapa isu melibatkan IJM Corporation Bhd, termasuk urus niaga kewangan dan pelaburan di luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion (S$806.7 juta).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Pejabat Penipuan Serius Britain (SFO UK) dalam aspek perkongsian maklumat dan siasatan sedang dijalankan di semua peringkat setakat ini.
Beliau berkata siasatan SPRM turut menjurus kepada kes pemberian rasuah melibatkan satu projek dan pengerusi berkenaan sudah dipanggil untuk membantu siasatan baru-baru ini.
“Ada satu tambahan siasatan melibatkan isu tip atas saham oleh Sunway. Ini juga adalah satu siasatan tambahan yang dijalankan oleh pihak SPRM.
“Kami juga sedang melihat apakah ada isu rasuah, salah guna kuasa dan juga isu tatakelola dalam hal ini... menjadikan tiga kertas siasatan telah dibuka setakat ini,” katanya dalam sidang media pada Rabu (4 Mac).
Sebelum ini, media melaporkan seorang eksekutif pengurusan tertinggi IJM Corporation Bhd berusia 70-an ditahan untuk membantu siasatan SPRM berhubung isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset di luar negara dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion.
Pada 19 Jan lalu, Bahagian Operasi Khas (BOK) menjalankan siasatan terhadap suspek, yang kemudiannya SPRM membekukan 70 akaun bank persendirian serta akaun syarikat berkaitan membabitkan jumlah kira-kira RM30.6 juta (S$9.8 juta).
Sementara itu, Encik Azam berkata kertas siasatan mengenai kes Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Beliau berkata pihaknya mengusulkan tuduhan terhadap Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah serta seorang bekas pegawai kanan jabatan itu.
“Keputusan (pertuduhan) akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi,” katanya.
SPRM sebelum ini dilaporkan menahan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS bagi membantu siasatan kes berkaitan pengurusan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-sisa).

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.