SPRM bertegas siasatan kes Jana Wibawa bebas, tiada campur tangan mana-mana pihak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
KUALA LUMPUR: Siasatan kes Jana Wibawa adalah bebas dan tiada campur tangan mana-mana pihak, tegas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM menerusi kenyataan pada Jumaat (10 Mac) memaklumkan siasatan yang dijalankan terhadap beberapa individu berhubung program Jana Wibawa merupakan inisiatif berasaskan maklumat serta bukti-bukti yang diperoleh sendiri oleh suruhanjaya itu.
“Kertas-kertas siasatan yang telah dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya.
“Justeru itu, tohmahan yang mengatakan siasatan SPRM tersebut atas arahan pihak tertentu dan bermotifkan politik adalah tidak benar sama sekali serta telah menjejas imej suruhanjaya ini,” menurut kenyataan itu.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun parti Bersatu dan beberapa individu termasuk mantan Ketua Penerangan parti itu, Wan Saiful Wan Jan, dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, yang telah didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa.
Selain itu, mantan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung projek yang sama.
Selain itu, mantan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin turut didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Jumaat berhubung projek yang sama.
Encik Muhyiddin menghadapi pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 serta Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.