Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPRM akan siasat Tabung Haji sekiranya penyelewengan libatkan salah guna kuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes Tabung Haji (TH) sekiranya penyelewengan melibatkan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya Encik Mohd Shukri Abdull.

Anggaran Waktu Membaca:
SPRM akan siasat Tabung Haji sekiranya penyelewengan libatkan salah guna kuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 11:38PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 11:41PM

BUKIT MERTAJAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat kes Tabung Haji (TH) sekiranya penyelewengan melibatkan salah guna kuasa, kata Ketua Pesuruhjayanya Encik Mohd Shukri Abdull.

Bagaimanapun katanya jika penelitian maklumat mendapati kes itu bersabit akta lain maka SPRM akan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan untuk membuat siasatan.

Encik Mohd Shukri berkata demikian di sidang media semasa diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa pengurusan terdahulu TH melanggar Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dalam pemberian hibah kepada pendeposit sejak 2014.

Dalam pendedahannya semalam (10 Dis), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata keadaan itu menyebabkan TH mengalami defisit RM4.1 bilion (S$1.34 bilion).

Mengulas lanjut, Encik Mohd Shukri berkata SPRM akan melakukan siasatan sekiranya ada pihak membuat laporan atau menerima maklumat daripada sumber.

SPRM akan membuat siasatan sekiranya ada asas, katanya yang ditemui selepas melancarkan Balutan Tren Mesej Anti Rasuah, di stesen hentian Bukit Mertajam Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini (11 Dis).

Sementara itu, ditanya mengenai pertindihan siasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara SPRM dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Encik Mohd Shukri berkata PAC tidak mempunyai kuasa untuk membuat pertuduhan di mahkamah.

"PAC tiada kuasa untuk menuduh (membuat pendakwaan) sesebuah pihak, dia hanya jalankan siasatan di bawah bidang kuasa dia… SPRM pula cuma menjalankan siasatan berdasarkan bidang kuasanya,” katanya.

Beliau juga berkata ada kemungkinan kedua-dua pihak akan memperoleh dapatan yang sama hasil siasatan tersebut namun berbeza dengan PAC, SPRM akan membawa dapatan berkenaan ke mahkamah.

“... Saya tak pasti apa tindakan yang akan diambil oleh PAC berdasarkan siasatan mereka,” katanya.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan