Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

SPR nafi cetak nama asal Muhyiddin pada kertas undi

SPR menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya SPR akan mencetak kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggaran Waktu Membaca:
SPR nafi cetak nama asal Muhyiddin pada kertas undi

Logo Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 30 Apr 2018 09:15PM Dikemas Kini : 30 Apr 2018 09:18PM

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya SPR akan mencetak kertas undi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi bahagian pilihan raya Parlimen Pagoh dengan menggunakan nama sebenar beliau iaitu ‘Mahiaddin’.

Dalam kenyataan hari ini (30 Apr), Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menegaskan bahawa nama yang akan dicetak pada kertas undi tersebut adalah seperti mana yang tertera pada ruangan 3 Borang 4 dan 4A yang diterima SPR iaitu ‘Tan Sri Muhyiddin Yassin’. 

“Hasil semakan, dalam laman web SPR dan aplikasi My SPR Semak juga mendapati paparan nama yang tertera adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin melainkan nama dalam senarai Daftar Pemilih yang mengikut nama asal seperti mana di kad pengenalan beliau,” katanya.

Katanya, berhubung dengan nama beliau yang juga Presiden PPBM yang tertera pada keputusan PRU13, SPR menjelaskan bahawa nama pemenang pilihan raya apabila diwartakan dalam Borang 16 akan tertera nama penuh atau nama sebenar pemenang dan bukannya nama pada kertas undi.

“Sehubungan dengan itu, SPR berharap dengan penerangan ini ia dapat memberi penjelasan terhadap perkara yang dibangkitkan,” katanya.

Semalam (29 Apr), Tan Sri Muhyiddin didakwa menggesa SPR supaya memastikan namanya dieja dengan tepat selepas mendapati ejaan namanya dalam laman web SPR adalah dari MyKad iaitu Mahiaddin Bin Md Yassin.

Dakwanya lagi, tindakan SPR itu akan menyebabkan nama 'Mahiaddin' dicetak pada kertas undi.

Sumber : Bernama/Su/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan