Skip to main content

Dunia

SPR Indonesia sahkan pertandingan 3 penjuru bagi Pilihan Raya Presiden 14 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
SPR Indonesia sahkan pertandingan 3 penjuru bagi Pilihan Raya Presiden 14 Feb

(Kiri ke kanan) Ganjar Pranowo, Prabowo Subianto, dan Anies Baswedan. (Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 13 Nov 2023 07:46PM Dikemas Kini : 13 Nov 2023 08:18PM
JAKARTA: Indonesia akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya presiden negara itu, 14 Februari tahun depan.

Ini selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia mengesahkan calon-calon yang akan bertanding.

Tiga calon itu ialah Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, mantan Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan mantan Gabenor Jakarta, Anies Baswedan.

Encik Prabowo akan berganding bahu dengan Gibran Rakabuming Raka, iaitu anak kepada Presiden Joko Widodo, yang akan bersaing sebagai calon naib presiden.

Encik Gibran adalah anggota Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah.

Encik Ganjar Pranowo pula akan berganding bahu dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan, Mahfud MD.

Mantan Gabenor Jakarta Anies Baswedan akan berganding bahu dengan pengerusi Parti Kebangkitan Nasional (PKB) berasaskan Islam, Muhaimin Iskandar.

Ketiga-tiga calon tersebut diisytiharkan sudah memenuhi syarat dan ambang minimum yang diperlukan untuk bertanding.

Sementara itu, dalam satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini, Encik Prabowo mendahului pencabar terdekatnya Encik Pranowo.

Ini setelah hampir 40 peratus daripada sekitar 1,200 rakyat Indonesia rasa mereka akan mengundi Encik Prabowo yang akan bertanding untuk jawatan tertinggi negara buat kali ketiga.

Sebanyak 30 peratus pula menyuarakan hasrat untuk menyokong Encik Pranowo daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah.

Sekitar 205 juta rakyat Indonesia akan keluar mengundi Februari depan. Ini sekali gus akan menentukan siapa yang bakal mengganti tempat Presiden Joko Widodo selepas sedekad beliau menyandang jawatan tersebut.
Sumber : AGENCIES/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita